Mengenai Kami

YASIN CANOPY adalah sebuah syarikat pembekal canopy dan peralatan yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Barangan canopy yang dikeluarkan oleh YASIN CANOPY bukan saja untuk kegunaan perkahwinan malah untuk karnival, expo, bazaar, gudang sementara, usecar gallery, carwash, parking kereta, gerai makanan, kioks dan lain-lain. Kami juga menyediakan pakej kepada sesiapa yang berminat menceburi dalam bidang sewaan khemah canopy (kanopi) ini. Ramai usahawan sewaan canopy telah berjaya kami lahirkan sebelum ini. Antara jenis canopy (kanopi) yang kami jual dan membekal ialah Canopy Piramid (pyramid), Canopy Arabian dan Canopy A-Shape. Canopy ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan antaranya untuk bisnes sewaan canopy, outdoor folding canopy, retractable canopy. 

YASIN CANOPY ditubuhkan pada 2005 pada awalnya menyediakan perkhidmatan penyewaan kanopi untuk orang perseorangan bagi majlis-majlis kenduri kahwin dan seumpamanya di sekitar Bachok dan Kota Bharu, Kelatan. Pada tahun 2011, YASIN CANOPY telah melebarkan perkhidmatannya menjual dan membekalkan kanopi dan kanvas serta peralatan kepada pengusaha-pengusaha kanopi di seluruh semenanjung Malaysia, serta memberikan khidmat sewaan kanopi, dan pengangkutan kepada penduduk setempat. YASIN CANOPY juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan lori untuk penghantaran dan pemasangan canopy ke seluruh semenanjung Malaysia. YASIN CANOPY terus berkembang pesat dan aktif memberikan perkhidmatan yang lebih profesional dengan memiliki organisasi yang lebih tersusun. 

Salah satu kelebihan syarikat YASIN CANOPY ialah, kami boleh menguruskan penghantaran produk yang ditempah dengan harga penghantaran yang berpatutan. Selain itu, kami juga boleh membantu memasang canopy untuk mereka yang memerlukan atau pertama kali berkecimpungan dalam bidang penyewaan. Pengalaman kami dalam bidang ini lebih dari 10 tahun berkebolehan memberi khidmat nasihat percuma dalam segi teknikal dan tunjuk ajar cara-cara mengendali barang-barang yang dibeli.

1 comment :

  1. These include popular titles similar to 바카라사이트 Aces and Faces, Jacks or Better, Double Joker Poker, All American Poker, Louisiana Double Poker, and Hold'em High Poker. Video poker has the lowest house edge and the best odds of winning. This is a 5 reel, 243 ways to win slot launched in 2011 with a vampire theme. Betting limits vary from 0.30 a lot as} 30.00 and it's playable on mobile and desktop.

    ReplyDelete

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes